#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 May 2012

Blog Kelab Murtad Di Malaysia pulak ditemui... Bekas ahli PAS? Klik baca sini!

Baru je MP siarkan tentang penemuan sebuah video drama yang memaparkan kisah mengajar bagaimana cara hendak menjadi murtad KLIK

Dah pulak terjumpa sebuah blog yang betul amat mengganggu fikiran, iaitu blog Kelab Murtad DiMalaysia (http://kelab-murtad.blogspot.com). Blog tersebut bertujuan menyatukan semua rakyat Malaysia yang murtad, bekas Muslim dan Muslimah serta bukan Islam ke arah satu matlamat iaitu untuk menggerakkan semua rakyat Malaysia yang membenci Islam dan berhasrat untuk menghapuskan Islam, setiap mahkamah Syariah dan juga kesemua 9 Raja-raja Melayu bagi menubuhkan negara sekular, Republik Malaysia. 


Pemilik blog berkenaan mengenalkan dirinya sebagai Hassan bin Mohamed Ali, bekerja dalam sektor kerajaan, beralamat di Selangor dan bekas Ahli PAS, parti Islamofasis di Malaysia. Menurut beliau, dia berhasrat untuk menghapuskan Islam sepertimana Mustafa Kamal AttaTurk dengan memisahkan Islam dari Negara Turki sama seperti konsep memisahkan gereja dari Negara Kristian.

Entah untuk apa blog ini dibuat kita tidak tahu. Jika niatnya hanya untuk memprovokasi dan melagakan Melayu dengan Melayu atau Islam dengan Islam, ia adalah sedikit keterlaluan dan tidak akan berkesan.

Tetapi jika beliau benar-benar menulis dari hatinya, dan berkata benar mengenai identitinya maka kita ingin mengucapkan Tahniah kepada PAS kerana berjaya mentarbiyah ahlinya sehingga menjadi murtad.


Mungkin jurublog ini antara manusia yang masuk PAS kerana benar-benar menyangka yang PAS itu Islam. Maka setelah melihat betapa buruknya tingkah laku pemimpin PAS yang sanggup menutup mata atas kesalahan rakan-rakan sendiri yang berzina, berkhalwat dan sebagainya maka beliau menyangka bahawa itulah ajaran Islam dan Islam itu adalah buruk sekali. Inilah bahayanya apabila menjenamakan parti atas nama agama di mana semua kesalahan, keburukan dan kelemahan akan memberi impak kepada agama itu sendiri.

Saudara Hassan ini juga adalah produk hasil dari keengganan PAS untuk bertegas menentang isu murtad. Kerana tegarnya PAS ingin menjaga hati DAP dalam isu murtad, PAS sanggup menyepak keluar aset mereka, Datuk Dr. Hasan Ali seperti seekor anjing kurap. Bagi mereka, DAP lebih penting dari seorang Hasan Ali dan jika umat Islam ingin murtad, apa masalahnya? DAP boleh membawa mereka ke Putrajaya dan mereka pula tidak perlukan Hasan Ali untuk membawa mereka ke syurga kerana sebagai ahli PAS, syurga telah pun pasti bagi mereka.

Inilah yang jurublog ini nampaknya terlepas pandang iaitu PAS tidak pernah memusuhi orang murtad. Malah PAS hari ini duduk di belakang pejuang murtad tegar iaitu Ambiga Sreevanesan dalam usaha merealisasikan agenda menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih liberal dan menerima murtad. PAS juga bukan memperjuangkan Islam dan cukup selesa dengan perjuangan DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Ini terbukti dengan kenyataan Hadi Awang yang ingin menukar perlembagaan dan membuang Islam sebagai agama rasmi negara.

Justeru, berdasarkan hakikat ini, saudara Hassan wajar berdamai dengan PAS kerana PAS bukan musuh sebenar bagi orang-orang murtad mahupun orang yang memusuhi Islam dan Raja-raja Melayu.

Hasil Tarbiyah Nik Aziz: Bekas Ahli PAS Murtad

1 comments :

  1. Nik Aziz sendiri telah murtad daripada agama Islam. Nik Aziz memeluk agama Kristian dan menukar Kelantan Darul Naim kepada Kelantan Darul Kristian. Nik Aziz setiap pagi akan pergi ke kedai makanan cina untuk membeli wantan mee dengan daging babi.

    Nik Aziz digelar Melayu munafiq!

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.