#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 May 2012

BERSIH 3.0: Bukan ke hantu ini yang tunjuk 'ISYARAT TANGAN' ?

Sampai bakar diri? Dasyat, dasyat... Ktna plak ni?
Seharusnya penyokong BERSIH 3.0 jangan menuding jari dan tangan terhadap kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis. Jari dan tangan anda semua seharusnya lebih menuding terus ke arah Datuk Seri Anwar.
BERSIH 3.0 sepatutnya lebih berjaya dilakukan dengan aman tanpa sebarang gangguan oleh pihak polis, jika tidak kerana Anwar yang merosakkan perhimpunan protes ini dengan provokasi terancang.

Sehingga kini, penulis masih terus meragui penjelasan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang ini mengenai isyarat tangan beliau sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0, 29 April lalu.

Benar, isyarat tangan yang ditunjukkan beliau boleh di interpretasikan dengan seribu maksud dan makna yang berlainan.

Namun begitu Anwar harus bertanggungjawab ke atas kekecohan yang berlaku, yang sepatutnya berakhir dengan protes aman pada perhimpunan BERSIH 3.0, bukan dengan semburan gas pemedih mata dan air terhadap peserta.

Penjelasan beliau dalam satu temubual dengan Radio Australia, Selasa lalu ternyata cukup lemah dan naif. Anwar masih menafikan isyarat tangan beliau sebagai punca peserta melanggar hadangan oleh pihak berkuasa.

Puas penulis melayari beratus kali rakaman video di youtube, baik rakaman video yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia, di blog-blog pro pembangkang dan pro kerajaan. Penulis melihat, meneliti, memainkan kembali hampir 20 rakaman video di laman youtube dalam tempoh seminggu.

Tidak ada sebarang sandaran dan fakta kukuh seperti yang didakwa Anwar bahawa beliau sedang berbincang dengan pihak polis. Paling jelas adalah rakaman video yang menunjukkan ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali sedang melakukan perbincangan dengan pihak berkuasa.

Dan rakaman video perbincangan di antara Azmin dan pihak berkuasa ini berlaku sebelum rakaman yang menunjukkan Anwar memberikan isyarat tangan seperti yang didakwa beliau kepada pihak berkuasa. Dimanakah rasional penjelasan Anwar bahawa isyarat tangan beliau sebagai perbincangan dengan pihak berkuasa?

Anwar sebenarnya mengkhianati mereka yang hadir memberi sokongan padu dalam perhimpunan ini. Anwar juga telah mengkhianati Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga yang menjanjikan protes ini bakal berakhir dengan aman tanpa sebarang provokasi. A Samad Said hilang entah kemana, bagai merajuk dan malu nama dan tubuhnya diperalat.

Bukan penulis sahaja yang mempunyai pandangan seperti ini, malah ramai pemerhati politik baik dalam dan luar negara turut mengkritik dan berpandangan bahawa Ketua Pembangkang sememangnya pencetus provokasi terhadap pasukan keselamatan.

Penulis berada pada sidang media Ambiga di KL Sentral sejurus selepas berlakunya keganasan yang tidak sepatutnya berlaku. Riak wajah dan nada beliau sudah cukup membayangkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku.


Pengakuan Ambiga pada sidang media tersebut amat jelas. Perhimpunan kali ini dipolitikkan sepenuhnya oleh pembangkang sehingga beliau tidak mampu mengawal keadaan. Seolah-olah beliau mengakui telah dipergunakan bagi mencapai agenda segelintir pemimpin pembangkang.

Amat mengecewakan pada sidang media PKR, menyaksikan penerbit filem bebas Benji Lim dihalang dari meneruskan soalan dan diarahkan keluar sewaktu sidang media berlangsung. Penerbit muda ini begitu lantang mengkritik sikap Anwar sebagai membahayakan nyawa peserta dan merosakkan objektif perhimpunan itu diadakan.

Malah pandangan serta dakwaan beliau sama juga seperti Ambiga, bahawa perhimpunan kali ini telah dipolitikkan sepenuhnya oleh pembangkang.

Anwar sepatutnya berhenti menyalahkan dan menyerang institusi keselamatan dan kerajaan sebagai zalim kerana tindakan beliau sebenarnya yang menzalimi puluhan ribu yang menyokong perhimpunan kali ini. Penulis tidak akan terkejut jika dalam selang beberapa minggu ini, Anwar cukup sibuk mencuci tangan dan menuding jari dan menyalahkan pihak lain.

Dan jika sekiranya diadakan satu lagi perhimpunan BERSIH, penulis berpendapat Anwar dan kuncu-kuncunya sepatutnya dilarang dan dihalang dari menyertainya.

Penulis yakin objektif BERSIH dan protes aman boleh dicapai, tanpa bedilan gas pemedih mata mahupun semburan air percuma dari FRU.

Sumber: KLpos 

PDRM TAYANG VIDEO PENUH KEJAHATAN ANWAR IBRAHIM

 

1 comments :

  1. wowwwwwww....bleh cakap bhs melayu...wa respect lu.......goodddd....

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.