Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.
Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.
Sebaliknya, NGO-NGO berkenaan melihat pihak berkenaan sudah memasang niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil untuk menjawab persoalan tersebut.
"Sanggupkah mereka menerima kenyataan tersebut dalam keadaan umat Melayu Islam sekarang berpecah-belah akibat dolak-dalik yang dibuat oleh pemimpin Islam Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star hari ini, Karpal seterusnya menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi perdana menteri.
Menurut Mohd. Jurit, Pas pada hari ini sudah dilihat oleh umat Islam sebagai kuda tunggangan DAP, malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bersedia menjadi kuda tunggangan DAP, justeru kenyataan Karpal itu bukanlah suatu mainan.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah juga mencabar pemimpin tertinggi Pas untuk menjawab kenyataan Karpal itu secara terbuka.
"Apa yang diucapkan oleh Karpal itu bukan perkara mustahil dan kita mahu parti sekutu DAP iaitu Pas untuk menjawab sama ada setuju atau tidak kerana kita tengok sejak kebelakangan ini Pas meletakkan kepentingan yang pelik-pelik dalam partinya," katanya.
Kata beliau, Pas perlu sedar bahawa mereka sepatutnya menjadi parti yang dominan dalam pakatan pembangkang, bukan membiarkan DAP menjadikannya sebagai kuda tunggangan yang sekali gus akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.
Sumber: Utusan Online.
Salam perkenalan buat Pak Mael.
ReplyDeletePakcu ni suka merayau cari mana-mana blog yang HOT
Ini pertama kali Pakcu singgah kat blog PaK Mael. Sememangnya anda mempunyai stail tersendiri dalam penulisan..tahniah dan teruskan perjuangan.
Apa yang Pakcu dapat kata bahawa "PAS" tak akan komen mengenai jawatan PM jika jatuh kepada bangsa lain kerana jalan yang dirintis hari ini sememangnya kearah itu dan cuma masa yang akan menentukannya....Apakah MELAYU akan putih mata dari warisan yang akan hilang ini.??? Anda semua yang mempunyai jawapan dari teka-teki ini ....walahualam
Mana ada pemimpin PAS yang berani nak jawab.Takut nanti elaun dari DAP kena potong.Lagipun,PAS ni hanya tukang basuk berak DAP aje,aman boleh bersuara.
ReplyDelete