Berikutan daripada isu yang MP siarkan semalam KLIK dari khabar yang di sebarkan sendiri portal pro-prmbangkang iaitu suarapakatanrakyat.com, nampaknya semakin hangat.
Sepertimana yang di maklumkan bahawa gambar-gambar serta video 'Ais Krim Azmin' bukan datangnya daripada kerja-kerja pihak UMNO dan sebaliknya dikatakan terkeluar dari Pejabat Menteri Besar Selangor telah mendapat perhatian beberapa pihak terutama kumpulan parti PKR sendiri.
Bagi TS Khalid Ibrahim ( MB Selangor ) apa bila ditanya tentang pendapatnya, ia hanya tersenyum dengan jawapan ‘tiada komen’ kepada media yang bertanya isu imej aksi lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.
Susulan tindakkan MB Selangor, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya tersenyum dengan jawapan ‘tiada komen' dengan alasan TS Khalid seharusnya lebih berhati-hati apabila memberikan komen supaya tidak memberi tanggapan negatif kepada umum atau media.
Cukup lemah nada suara Zuraida Kamaruddin semalam, tidak seperti kebiasaannya nyaring, mengilai dan memekik. Gelaran 'Mak Lampir' tidak sedikitpun membawa sebarang makna melihatkan Azmin Ali kini diumpamakan sebagai nyawa-nyawa ikan.
Dan sidang media di ibu pejabat PKR itu juga menyaksikan Zuraida Kamaruddin mengecewakan ramai wartawan yang bertanyakan isu mudah berkenaan gambar aksi panas Azmin Ali bersama dengan gadis gebu.
UMNO juga yang dipersalahkan ... Yang MB Selangor tu 'no komen' dan tersenyum tu apa hal? Ada apa-apa ke? Jeng..jeng..jeeeeeng!!! Tungggguuuuu!
Ikuti video sidang akhbar di bawah:
ISU BERKAITAN KLIK TAJUK DIBAWAH:
0 comments:
Post a Comment