#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 May 2012

VIDEO: Seorang lagi pemimpin tertinggi PR mengugut media.. Klik tengok sini.

Seorang lagi pemimpin atasan PR dibidas kerana cuba mengugut media dengan tindakan saman sekiranya mereka menyiarkan sesuatu isu yang tidak disukainya.

Beberapa pihak mendakwa tindakan sedemikian menunjukkan Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP itu seorang hipokrit.

Beliau baru-baru ini memakai baju hitam dan reben kuning sebagai sokongan kepada Hari Kebebasan Media pada 3 Mei lalu. Sekarang dia pula ugut mahu saman media yang siarkan isu tidak digemarinya.

Tindakan Guan Eng mengugut media itu disiarkan di dalam laman web YouTube. 


Dalam rakaman itu, Guan Eng mendakwa mahu menyaman mana-mana akhbar sekiranya mengeluarkan berita mengenai isu yang dikatakan tidak digemarinya.

Guan Eng dipercayai bertindak demikian apabila disoal mengenai kesahihan cerita mengenai skandalnya dengan seorang guru wanita sekolah Cina seperti yang disiarkan di dalam laman web berbahasa Inggeris http://stopthelies.my sejak dua hari lalu.

Guan Eng tidak sepatutnya bersikap sedemikian terhadap wartawan, sebaliknya boleh memilih untuk tidak mengulas.

Beliau boleh menjawab 'tidak' sahaja atau enggan cakap langsung, tetapi kenapa mahu ugut media dengan saman.

Pendapat MP:
Puak-puak pakatan haram ni, banyak cakap dari buat. Cakap tak serupa bikin, woiiii!!!

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.