#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 May 2012

KEJADIAN SERAM...! Pontianak menjelma di sesi ujibakat?

 
Lihatlah video! Manusia atau pontianak? Apabila gadis ini bercakap dengan air matanya meleleh. Mukanya pun agak menyeramkan. Setiap kali soalan ditanya para hakim, jawapanya hanya bersandarkan kepada kematian. Pakaiannya serba putih, yang menurut Melati merupakan lebihan kain kafan adiknya.

Kalau lemah semangat, mahu pitam jugak dibuatnya.

Ini adalah kejadian tahun 2010 semasa uji bakat pemilihan Indonesia Idol.

Sejak itu, video klip mengenainya sudah ditonton lebih sejuta kali di Youtube dan pernah menjadi topik yang hangat di Indonesia. Namun rasanya belum semua orang di negara ini yang telah melihat peserta yang dikenali sebagai Melati itu.

Tahu apa yang paling mengejutkan, namanya tidak ada pun dalam senarai 12 finalis semasa rakaman itu sedang dibuat, jadi macam mana dia boleh muncul di pentas itu?

Banyak pihak mendakwa apa yang berlaku telah diatur penganjur Indonesia Idol kerana program berkenan mengalami kejatuhan penonton ketika itu.

Semakan penulis di internet tidak menemukan sebarang maklumat akan siapa wanita bernama Melati itu sebenarnya. Namun, dia dikatakan pernah memiliki akaun Twitter.

Ada akaun Twitter, maka hampir pastilah dia manusia, takkan pontinak ada akaun camtu kot? Cuma perangai Melati pelik sikit. Kalau pembaca ada bertemu link yang menjelaskan secara jelas mengenai siapa Melati, tolong letakkan di bahagian komen di bawah.

Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.