#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 May 2012

Dewan Ulama PAS ketepikan Nik Aziz. Baca sini!

Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan pendirian senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar parti itu tidak meneruskan muzakarah dengan Umno.

Pendirian tersebut sekaligus bercanggah dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertegas dan tidak akan berganjak dengan keputusannya mahu bermuzakarah dengan Umno mengenai isu Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata beliau menyerahkan keputusan mengenai isu muzakarah tersebut kepada kepimpinan tertinggi parti sama ada mahu meneruskan ataupun tidak.

"Apa-apa pun kita perlu ikut kepimpinan parti, tak boleh ingkar. Datuk Seri Presiden sudah mengeluarkan kenyataannya...jadi kita ikutlah.

"Kalau beliau (Abdul Hadi) sudah beri kenyataan begitu (tiada muzakarah dengan Umno), maka itulah keputusan parti," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai percanggahan pendapat antara Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz dalam isu muzakarah dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pada Rabu sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau mahu meneruskan muzakarah dengan Umno bagi membincangkan mengenai isu 'mengapa Umno menolak Islam'

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa muzakarah itu bukan bertujuan untuk penyatuan kedua-dua parti antara PAS dan Umno.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengenakan dua syarat untuk bermuzakarah dengan Umno iaitu Umno perlu menerima rakan pembangkang DAP dan PKR serta menukar dasar kebangsaan yang diguna pakai ketika ini kepada dasar Islam.

Pada Selasa beliau menambah satu lagi syarat iaitu menggunakan tajuk ‘Kenapa Umno Tolak Islam’ untuk muzakarah.

Pendapat MP:
Nik Ajis semakin nyanyok, gila kuasa... 
Hingga hilang sedar yang bahawa beliau hanya seorang penasihat bukanlah presiden parti.

Yang jelasnya, jangan dilayan semua ni!!!




0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.