#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 May 2012

Runtuhnya durian, runtuhlah pembangkang... Klik tengok sini!

Hampir 40,000 warga Felda membanjiri padang awam sempena Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di FELDA Jengka 8, Pahang, pagi ini
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan ‘Durian Runtuh’ bernilai hampir RM 20,000.00 kepada setiap dari 112,635 peneroka FELDA. Ianya sebagai menghargai sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi Negara.

“Sempena penyenaraian FGVH, ‘Durian Runtuh’ bernilai RM 1.689 billion. Semua datang dari dana FELDA. Pada Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap peneroka. Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka. Fasa 3, agihan RM 5,000.00 kepada anak peneroka FELDA”.

Ianya menerima sambutan begitu gemuruh dikalangan 40,000 warga FELDA yang berhimpun di Jengka 8 ini.

Selain dari itu, 20% saham FGVH akan diperuntukan kepada Tabung Amanah bagi peneroka FELDA. “Sekiranya FGVH untung selepas penyenarian,insyaAllah akan dapat RM 1,500.00 bagi setiap peneroka FELDA”.

Beliau juga mengumumkan ‘Durian Runtuh 2′ merupakan ‘pink form’ penyenaraian FGVH.

“Membetulkan segala tohmahan Pembangkang, saya ingin mengesahkan, tanah peneroka akan kekal milik warga FELDA”.

Bagi kakitangan FELDA pula, PM Najib mengumumkan bonus khas 2.5 bulan gaji sebagai ‘Durian Runtuh’ bagi mereka.

‘Durian Runtuh’ ini mula diumumkan pada Ucapan Bajet 2012 beliau di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011.

“Apa yang ada hari ini merupakan Impian Allahyarham Ayahanda saya. Hari ini, kita ingin transformasikan legasi itu kepada tahap yang lebih tinggi”.

“Untuk sampai ke tahap ini, Ianya dengan kudrat dan susah payah peneroka membuka dan mengharungi binatang buas. Akhirnya, bertukar wajah”.

“Ditempat binatang buas dan puaka itu kita bina kampung dan membangunkan masyarakat”.

FELDA merupakan agensi Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah rancangan, sebagai dasar pra-DEB. Ianya diteruskan selepas DEB mula dilaksanakan sehingga Berjaya mengujud dan bangunkan 317 tanah rancangan seluruh Negara.

Menurut PM Najib, FELDA merupakan organisasi pengeluar mintak sawit terbesar didunia. Kini ianya mengorak langkah lebih panjang dengan semua perniagaan Kumpulan FELDA dikonsolidasikan bawah FELDA Global Ventures Holdings (FGVH).

Beliau juga mencemuh segelintir minoriti dikalangan peneroka FELDA yang cuba menggagalkan penyenarian IPO dengan membawa ke Mahkamah.

Dalam ucapan alu aluan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan terus menentukan masyarakat FELDA dibela dan bangunkan. Beliau meminta masyarakat FELDA memberikan kepercayaan dan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan dibawah pimpinan PM Najib.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.