#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 May 2012

Wan Azizah di balun lagi... Baca ni!

Tindakan berdiam diri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung isu-isu yang melanda parti serta keluarganya terus dipersoalkan.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, tindakan Wan Azizah berdiam diri dalam isu membabitkan suami serta partinya membuktikan beliau adalah boneka atau patung yang mengikut arahan semata-mata.

Malah, katanya, sikap Wan Azizah itu memberi gambaran seolah-olah beliau merestui segala kontroversi yang melanda keluarga serta PKR.

"Sebelum ini banyak pihak mendakwa beliau adalah boneka kepada suaminya, Anwar serta PKR dan Wan Azizah telah membuktikan dakwaan tersebut dengan tindakan berdiam dirinya selama ini.

"Beliau adalah Presiden parti. Mengapa tidak membuat kenyataan mempertahankan atau menidakkan segala tuduhan yang dilemparkan kepada suaminya serta parti.

"Paling hebat pun, beliau meminta Azmin (Azmin Ali) pulang berjumpa ibunya. Sekiranya beliau Presiden, beliau perlu tegas memberi arahan serta bersungguh-sungguh mempertahankan ahli sekiranya yakin tidak bersalah, bukan sekadar berdiam diri atau 'meminta' melakukan sesuatu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap berdiam diri Wan Azizah meskipun pelbagai kontroversi membabitkan Anwar seperti skandal video seks dan kenyataan menyokong Israel heboh diperkatakan pelbagai pihak.

Wan Azizah juga dilihat tidak tegas dan mengamalkan sikap tutup mulut membiarkan sahaja isu-isu parti terus menjadi bual bicara orang ramai.

Menurut Anuar, tindakan Anwar menggunakan Wan Azizah untuk kepentingan diri serta kesinambungan politiknya membuktikan sikap tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang itu.

Sementara itu, seorang bekas ahli PKR, Hamidzun Khairuddin menggesa Azizah meletakkan jawatan demi kepentingan parti itu dan juga dirinya sekiranya beliau masih dengan sikap berdiam diri.

Katanya, Azizah tiada lagi fungsi kepada parti, sebaliknya beliau lebih memainkan peranan penting sebagai 'aset' Anwar untuk meneruskan kesinambungan politiknya.

"Apa fungsi Presiden sekiranya segalanya ditentukan oleh Ketua Umum? Hakikatnya, PKR telah bertukar menjadi sebuah parti keluarga," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.