Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun disambut oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa muzakarah tersebut hanya akan dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13. Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pulak kata tidak akan bercakap soal perpaduan dan meletakkan syarat-syarat yang ketat dan luar biasa.
Antaranya bersihkan sistem pilihanraya dan kebebasan akhbar yang tidak ada kena mengena dengan soal perpaduan umat Islam.
Dan pagi ini, Nik Aziz pula bercakap bahawa muzakarah itu boleh buat sebelum pilihanraya dan cara dia jawab soalan wartawan itu muzakarah tersebut macam rundingan politik bukan soal perpaduan umat Islam seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
Masalahnya, cakap sapa yang hendak kita pakai ni? Nik Aziz, Hadi atau Tuan Ibrahim?
Nik Aziz di Kuala Terengganu pagi ini mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya.
Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.
"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Nik Aziz Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataan di harakahdaily berkata, bukan Nik Aziz yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah sebaliknya jawab soalan wartawan ulas kenyataan Hadi Awang.
"Pendirian Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf," kata beliau.
Sumber: AgendaDaily.
MP bersetuju dengan pendapat ini:
Bila disaat kita mahu menumpukan persiapan Pilihanraya, baru PAS terhegeh-hegheh nak cerita pasal muzakarah ni. Kompom 'ada udang sebalik batu', tak caya tengok lah nanti kalau dilayan semua ni. Tunggu lepas PRU13 baru cerita, boleh tak PAS woiii! - MP
Nak muzakarah pula dengan UMNO? Tak Payah. Dulu mereka yang ajak UMNO, UMNO cuba terima. Bukan sekali. Dah 3 4 kali. Kemudian, kawan2 PAS dia juga yang hina kita balik. Untuk apa lagi? Pergilah kamu bermuzakarah dengan DAP. Bukankah kamu bakal bina Kerajaan bersama DAP? Untuk apa muzakarah dengan UMNO? Kamu juga kata UMNO ini kafir. UMNO ini munafiq. UMNO ini sundal. Tidak terima Islam. Khianat Islam. Pergilah kamu berbicara tentang Hudud dengan DAP. Bukankah Pemimpin DAP itu mengamalkan kepimpinan Umar Abdul Aziz? Bukankah DAP berpegang pada Prinsip Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Pergilah berbicara dengan DAP soal Hudud. Berani? Tanpa Pelakon Utama Anwar Ibrahim? Confirm tak akan bertahan kerjasama kamu. Nak kuasa cakap sahaja nak kuasa. Nak main politik main jela. Tak payah dok nak bermain menghina Islam nak ajak balik berbincang dengan UMNO. Kamu pelawa kita. Kemudian kamu hina kita balik. Jangan kata Pemimpin2 UMNO angkuh. Kamu yang mempelawa sekian lama kita terima. Najib sendiri cakap dia terima. Kemudian, kamu juga yang ludah kita balik. Ini nak main lagi drama Islam kamu? Tak payah. Duduklah dengan DAP tu. Sampai kiamat kamu memang takkan laksana Hudud. Kamu akan diludah oleh Penyokong2 kamu. Kalau ada orang UMNO terima, aku orang pertama yang bantai dia. Dah la dia yang ludah, dijilat balik. Kemudian ludah balik. Ini semua mainan orang2 suruhan DAP dalam PAS. BAHLUL.. TOLOL.. TAK ADA MARUAH.. TAK ADA PRINSIP... Haaa.. Geram aku. - Blog GELOMBANG RAKYAT

0 comments:
Post a Comment