#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 November 2013

Bekas calun (PRU13) PKR Pengerang tolak dakwaan artis dalam pembangkang.


Ketika segelintir artis yang menyertai parti pembangkang menuduh tidak diberi perhatian oleh media arus perdana, penyanyi era 80-an, Dayang Ku Intan membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, dia tidak mempunyai apa-apa masalah diskriminasi untuk muncul di stesen televisyen TV3, Astro mahupun stesen kerajaan iaitu RTM.

"Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah daripada mana-mana stesen baik RTM, TV3 mahupun Astro kerana saya masih menerima undangan untuk muncul dalam program terbitan mereka.

"Politik dan nyanyian adalah dua perkara berbeza dan saya ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut," katanya ketika ditemui mStar Online pada Rabu.

Dayang Ku Intan merupakan ahli dan calon kerusi Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Mei lalu.
-Sumber

MP: Nak jadi artis tu... Artis saja laaa! Apa kejadahnya berpolitik.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.