#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 January 2014

@SPADChannel - Aduan tambang teksi berlebihan. KLIK baca ni!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
berharap orang ramai akan terus membantu SPAD untuk mengelakkan sikap buruk sesetengah pemandu teksi yang gemar mengenakan tambang berlebihan kepada penumpang kerana ia adalah antara penyebab rosaknya reputasi industri keseluruhan.

Untuk memastikan pemprosesan aduan yang pantas dan berkesan, orang ramai boleh menghubungi terus SPAD melalui Twitter , laman rasmi Facebook , e-mel (aduan@spad.gov.my) atau hotline Aduan SPAD di talian 1-800-88-7723 .

Sertakan maklumat lengkap seperti berikut:
* Butiran Pemandu
* Nombor pendaftaran kenderaan.
* Tarikh dan lokasi kejadian
* Bahan-bahan sokongan yang boleh digunakan    ( seperti video/photo ) sebagai bukti.

Aduan video juga diterima melalui akaun SPAD Twitter iaitu @aduanSPAD.

Walau bagaimana pun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap persekitaran dan harus mengelak daripada apa-apa situasi provokatif atau bermusuhan dengan pemandu.

Sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini.
Sekumpulan rakyat prihatin telah berkongsi video (KLIK) di laman kumpulan Facebook   "How To Deal With Errant & Rogue Malaysia Taxi Drivers".

SPAD berterima kasih kepada orang ramai atas dua penyerahan video berkaitan dengan kejadian tambang teksi berlebihan tersebut.

Hasil daripada maklumat yang diberi itu, SPAD telah menjalankan siasatan rapi dan tindakan dapat diambil.

Pemandu teksi telah digantung sementara pengusaha telah diberi surat.

Dengan adanya peranan kita sebagai perancang , pengawal selia dan penguat kuasa bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat. SPAD percaya, isu yang sudah lama menimpa nasib penumpang-penumpang teksi seperti ini dapat diselesaikan.

Kami memuji usaha-usaha ini rakyat di atas inisiatif mereka secara proaktif cuba untuk membantu SPAD.

Dalam pada itu, SPAD juga akan terus berusaha tingkatkan perkhidmatan dan proses penglibatan bersama orang ramai dengan lebih baik.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.