#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 January 2014

KALIMAH ALLAH: Marina lantang membela Kristian? KLIK baca ni!


Selain pembangkang, antara pihak yang turut teruja memburukkan imej JAIS dan Islam ialah NGO yang membawa perjuangan liberal iaitu kebebasan tanpa had serta kesamarataan dalam beragama.

Bukan hanya tidak menghormati... Malah pihak ini, langsung tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Sekali gus menidakkan undang-undang dan perlembagaan.

Sejak akhir-akhir ini, kedua-dua mereka iaitu pembangkang dan NGO liberal ini dilihat sedaya upaya mencuba untuk cetuskan ketegangan antara Islam-Kristian melalui berbagai cara. Modus Operandi mereka ialah dengan menggerakkan laman-laman sosial peribadi mereka untuk memperlekeh dan menghina Islam bagi mengundang tindak-balas.

Dan apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, mereka akan menuduh kerajaan Islam sebagai zalim dan berat sebelah.

Lepas itu, mula bertindak burukkan kerajaan dan undang-undang negara di peringkat antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan agar undang-undang berlandaskan Islam dilonggarkan. (KLIK)

Kononnya perubahan perlu di buat, bagi memastikan hak asasi setiap golongan di Malaysia terjamin dan tiada lagi diskriminasi.

Namun apa pun kenyataanya, mereka tetap dengan mengambil pendirian untuk membentuk sifat berat sebelah dalam setiap isu Islam-Kristian.

Hinggakan dah jelas pihak mereka melanggar undang-undang. Boleh lagi tunjukkan sikap seolah-olah  langsung tidak berbuat salah, yang disalahkan hanya Islam dan umat Islam semata-mata.

Justeru, kita ingin bertanya kepada wakil NGO liberal bernama Marina ni... Yang begitu lantang membela Kristian dan menghentam JAIS dalam isu ini.

Apakah benar Marina memperjuangkan hak asasi manusia atau sebenarnya berjuang menentang Islam?

Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan yang jelas.

Selama ini rakyat Malaysia tenang dan aman mengamalkan kepercayaan masing-masing atas dasar saling menghormati. Tiada siapa yang mencabar sesiapa, atau dengan sengaja menimbulkan ketegangan dengan ‘mencuit’ agama lain.

Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah sekian lama menyebut ‘Father’ kenapa perlu ditukar kepada ‘Allah’?

Mungkin juga Marina boleh bantu pihak Kristian, menjawab soalan yang menyemakkan kita ni.

Di samping itu, kita mintaklah sekali Marina jawab soalan ini...

Kenapa Marina tak pernah persoal dan tiada sekali pun mengherdik anak-anak Cina DAP yang menghina nama Allah SWT dan Rasulullah di laman-laman sosial mereka?

Termasuklah dalam isu tuntutan Kristian menggunakan kalimah Allah... Kenapa Marina tidak pernah sekali pun kita nampak ada bersama semasa kumpulan-kumpulan pejuang Islam laungkan bantahan terhadap biadapnya tuntutan itu?

Nak di ikutkan, banyak lagi persoalan di kepala kita yang sehingga kini Marina (NGO liberal) dan pihak Kristian masih tidak dapat menjawab.

Dan, kita ingin sekali mahu tahu serta memahami, adakah Kristian sengaja mencari gaduh dan kenapa Marina nampak begitu berat sebelah?

Apakah Marina sudah terkena sindrom gila glamour atau sememangnya gila? Selanjutnya KLIKSINI...

MP: Manusia yang tiada jatidiri, enggan menerima dirinya sendiri dan juga budaya serta adat kaumnya, secara semulajadinya adalah manusia yang keliru. Kekeliruan yang berserta dengan keangkuhan akhirnya membawa kepada kebodohan...


1 comments :

  1. Ayat yang Marina tunjuk tu salah. God dalam bahasa Melayu ialah tuhan. Allah ialah nama tuhan bagi orang Islam.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.